Sehingga kini, mesin makanan Hengyuan telah dijual di India, Amerika, Jepun, Afghanistan, Argentina dan negara-negara lain serta wilayah di seluruh dunia. Contoh-contohnya adalah seperti berikut.
Pada Mac 2017, seorang pelanggan dari Ethiopia menghubungi kami untuk pertanyaan mengenai barisan pengeluaran roti dan bun kami. Kami menerangkan peralatan kami secara meneliti dan pelanggan tersebut berasa produk kami sesuai dengan keperluan dia. Selepas itu, kami menghantar butiran dan sebut harga tentang produk itu sebagai rujukan kepada dia. Pada bulan Mei, pelanggan itu melawati syarikat kami. Setelah kunjungan dan demonstrasi daripada kami, dia meluahkan perasaan puas hati mengenai produk kami. Selain itu, kami menerima permintaan dia untuk mengaplikasikan semua komponen electrik asal dari Jepun. Akhirnya, dia membeli barisan pengeluaran roti dan bun kami serta mesin leper tepung automatik dan mesin pemotong. Kami melakukan kajian semula dengan pelanggan tersebut setelah produk kami diterima dan mereka mengenali mesin kami.
Pada tahun 2016, seorang pelanggan dari Filipina menghubungi kami untuk membuat tempahan mengenai peralatan untuk menghasilkan pizza yang mempunyai diameter sepanjang 16 inci. Saiz biasa pizza di China adalah antara 6-9 inci. Oleh itu, peralatan kami perlu diubah suai supaya selaras dengan kehendak pelanggan tersebut. Selepas perbincangan dengan jurutera di bahagian reka bentuk, kami mendapat satu rumusan yang sesuai dengan situasi itu. Pelanggan itu berasa bagus dengan reka bentuk yang kami bentangkan kepada dia. Dengan ini, kami membuat perubahan yang diperlukan serta menguji mesin itu berdasarkan permintaan pelanggan. Barisan pengeluaran pizza yang siap dihasilkan itu memuaskan kesemua permintaan yang dipesani dan kontrak telah ditandatangani dengan pelanggan tersebut.
Pada Mei 2017, Hengyuan menyertai Pameran Antarabangsa Baking Shanghai. Seorang pembeli dari Mongolia berminat dengan mesin pembuat pastri kami. Namun disebabkan produk yang terbawa adalah terhad dan pengujian mesin tidak sesuai di pameran itu, kami menjemput dia ke syarikat kami untuk pengujian yang lebih terperinci selepas pameran itu. Dia melawati syarikat kami pada pertengahan Julai dan menerangkan keperluannya terhadap mesin pastri yang cukup automatik dan jimat tenaga buruh. Dengan ini, kami memasang peralatan barisan pengeluaran berdasarkan permintaan dia. Setelah siap menguji mesin itu, pembeli setuju dengan penyelesaian kami dan membayar deposit terlebih dahulu. Kami menghantar mesin itu secepat mungkin untuk memuaskan hati pembeli itu.
Pada tahun 2017, seorang pelanggan dari Shanghai yang merupakan pengeluar bun kukus berhubung dengan kami melalui laman web rasmi kami. Dia meminta barisan pengeluaran bun kukus yang dihasilkan selaras dengan keperluan dia. Selain itu, dia juga memerlukan barisan pengeluaran yang berhasil tinggi dan dapat menghasilkan bun yang bercorak cantik pada permukaannya. Setelah komunikasi melalui telefon, pelanggan tersebut membuat keputusan untuk melawati syarikat kami. Dia datang dengan resipi pengisian untuk menguji mesin itu pada masa yang ditetapkan. Dia ingin menguji mesin kami sama ada mesin tersebut mencapai keperluan dia untuk menghasilkan bun kukus. Setelah proses uji, barisan pengeluaran bun kukus kami memenuhi keperluan dia. Akhirnya, dia membeli mesin bun kukus yang dihasilkan khusus untuk pelanggan tersebut daripada kami.